Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberikan komen beliau mengenai berita yang mengatakan Jordi Amat semakin hampir untuk menyertai kelab Turkiye, Trabzonspor.

Baru-baru ini, salah satu media Turkiye membuat laporan yang mengatakan pemain berusia 31 best jordan best mens sex toys nike air max 97 green bay packers ass sex toy for man customized jerseys nike air max cb 94 release dates 2023 best wigs for white women cheap jordan 4 cheap nfl jerseys couple sex toys sex toys for men adidas yeezy boost 350 wigs for sale custom jerseys football tahun itu akan berada di Turki dalam tempoh seminggu bagi menandatangani kontrak bersama kelab tersebut.

Baginda kemudiannya tampil menafikan perkara berkenaan menerusi satu komen yang ditinggalkan pada hantaran oleh akaun Instagram, @malaysianfootballleague pada semalam.

TMJ Jordi Amat
TMJ Jordi Amat

“Nope,” tulis TMJ ringkas pada ruang komen terbabit.

Dalam laporan tersebut, media itu menyatakan bahawa jurulatih Trabzonspor iaitu Nenad Bjelica sendiri yang menginginkan khidmat Jordi bagi memperbaiki benteng pertahanan dalam pasukannya bagi menghadapi saingan musim ini.

Setakat ini, Jordi telah membantu JDT memenangi beberapa kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia seperti Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia sejak menyertai pasukan itu dari kelab Belgium, K.A.S Eupen.

Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh Jordi turut meyakinkan pengendali JDT, Esteban Solari untuk melantik pemain itu sebagai ketua pasukan selain menjadi pilihan untuk membarisi kesebelasan utama. Selain itu, Jordi turut dilantik sebagai ketua pasukan skuad kebangsaan Indonesia.

Selain menepis khabar angin mengenai Jordi Amat, sebelum ini TMJ pernah mengeluarkan komen sama mengenai Leandro Velazquez yang dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan itu selepas pemain tengah dari Jepun, Takahiro Kunimoto dikatakan bakal dibawa masuk oleh JDT.

TMJ menegaskan perkara itu tidak benar dan Leandro masih berstatus sebagai pemain skuad Harimau Selatan.